Jangan terlalu berharap.
Wednesday, May 27, 2015 ★ 7:03 AM │
Kekadang selalu menyebutkan rindu, membuatkan kau rasa tak diperlukan.
Terlalu menunjukkan sayang, buat kau selalu rasa terbuang.
Terlalu meluahkan cinta, buat kau kerap dihimpit kecewa.
Terlalu merasa kasih, buat kau selalu merasa tersisih.
Ada baiknya kau simpan apa yang kau rasa ni.
Biar ia menjadi rahsia antara aku dan Dia.
Kita jadi biasa biasa saja, seperti tiada apa apa.
Biar kita jauh dari luka, tapi hakikatnya itulah cinta.
Bukan sebanyak mana kita menerima.
Tapi seikhlas mana kita memberi dan berkongsi rasa yang sama.
Kerana ikhlas itu sukar disukar, tapi amat mudah diperlihat.
Terlahir dalam setiap apa yang kita buat.
OLDER POST |